PENGALAMAN DALAM HIDUP.


pertolongannya? Nenek : Ini adalah amalan orang2 dahulu hingga sekarang. Hafiz Ng : Ye…ke ! nenek sudah pasti ke, cara itu boleh menjamin selamat didunia dan akhirat? Nenek : Itu saya tidak tahu, Cuma saya ikut saja Hafiz Ng : Kalau begitu….orang masuk kedalam neraka, takkan nenek nak
ikut juga! Nenek : Itu jangan risau sebab bukan saya seorang yang masuk, ramai kawan-kawan saya akan ikut sekali. Manalah tahu nanti, neraka itu tak muat
untuk semua orang dan saya dikeluarkan semula untuk dimasukkan kedalam
syurga. Hafiz Ng : Aduhai……ada saja alasan nenek ini. Yang saya risau ialah orang lain yang dipilih masuk ke syurga dan bukanlah nenek,……macammana nanti..?. Nenek : Saya ini makan garam lebih banyak dari kamu, takkanlah saya tidak tahu. Hafiz Ng : Betul nenek cakap itu tapi nenek tahu tak, saya ini makan
KFC(Kentucky Fried Chicken) lebih banyak dari nenek…. (Kali ini nenek saya tak dapat nak cakap apa-apa lagi). Nenek saya adalah seorang yang sangat baik cuma dia tidak memeluk Agama Islam sampai akhir hayat. Nenek saya meninggal dunia ketika beliau berumur 97 tahun.Kisah ini telah memberitahu
kepada kita tentang pemahaman non muslim terhadap ketuhanan, surga dan neraka. Mereka ini suka menggunakan logika akal. Kita boleh ikut logika akal dalam agama tapi dengan syarat mendahulukan Al Quran dan Sunnah Nabi terlebih dahulu. Contohnya shalat subuh ada dua rekaat, takkanlah kita nak buat sampai lima rekaat, ikut logika akal...memamglah bagus!.. Tapi kita tidak mendahulukan
Al Quran dan Sunnah Nabi. Kesimpulannya logika akal yang kena ikut
Al Quran dan Sunnah Nabi ,....bukan disebaliknya.
BAPA MEROGOL ANAK.(Kisah Benar).
Pada suatu ketika semasa saya berada di bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak, secara kebetulan ada seorang pakcik yang berumur lebih kurang 45 tahun telah ditangkap bersama anak perempuannya yang berumur 14 tahun di salah sebuah hotel murah. (Aduan orang ramai bahawa pakcik ini selalu membawa anak perempuannya ke hotel). Dalam kes ini lelaki itu tidak mengaku melakukan sesuatu terhadap anak perempuannya manakala anak perempuan mengatakan setiap kali lepas keluar dari hotel bahagian kemaluan akan sakit. Kes ini amat susah diselesaikan kerana tiada saksi. Akhirnya saya meminta kepada mereka supaya dibenarkan saya masuk ke bilik tersebut untuk “interview” pakcik itu. Oleh kerana kawan punya pasal dan mualaf cina punya pasal, mereka membenarkan saya masuk. Sebelum itu , saya pun tanya apakah barangan yang dapat diambil ketika penangkapan dibuat. Kawan saya itu memberitahu saya cuma seluar dalam anak perempuan itu saja yang ada. Apabila saya memperhatikan seluar dalam itu didapati ada basah sedikit lalu saya tanyalah kawan itu kenapa boleh basah ini. Jawabnya” Oh! tadi, semasa penangkapan itu dibuat ada tertumpahnya sedikit air minum keatas seluar dalam tersebut. Kalau begitu maka saya dapatlah satu idea bagaimana nak selesaikan pakcik ini. Saya pun masuk ke bilik dan berlakulah dialog antara saya dengan pakcik itu.
Hafiz Ng : Selamat pagi pakcik. Saya ini dari bahagian forensik Hospital.
Pakcik : Ya tuan, saya tahu.
Hafiz Ng : Bagaimana pakcik tahu?
Pakcik : Pakaian tuan itu telah mengambarkan tuan ini pakar forensik.
Hafiz Ng : Baguslah tu. Kalau pakcik sudah tahu maka kenalah bagi kerjasama.
Pakcik : Ya tuan.
Hafiz Ng : Pakcik kena beritahu kepada saya, apa yang pakcik buat dalam bilik hotel itu bersama anak perempuannya.
Pakcik: Tak ada apa-apa tuan…..sumpah, saya tak pernah buat apa-apa.
Hafiz Ng : Kenapa nak main sumpah-sumpah pulak, saya tak ada tuduh pakcik apa-apa lagi cuma saya tanya saja.
Pakcik : Tidak tuan, dia orang memfitnah pakcik. Dia orang kata pakcik merogol anak perempuan pakcik sendiri. Dia orang tipu. Pakcik bawa anak perempuan pakcik sendiri ke hotel….salah ke?
Hafiz Ng : Sabarlah dulu pakcik. Jangan marah-marah. Ini seluar dalam siapa?
Pakcik : Anak perempuan pakcik.
Hafiz Ng : Macammana pakcik boleh tahu itu mesti seluar dalam anak perempuan pakcik atau orang lain punya ke?
Pakcik : Saya ayahnya mestilah tahu.
Hafiz Ng : Tengok seluar dalam anak perempuan pakcik ini ada basah. Saya telah buat kajian dimana tempat yang basah itu adalah air mani lelaki. Kalau bukan pakcik punya …..siapa lagi?
Pakcik : Macammana adanya air mani … ya….pakcik pun pening kepala memikirkannya.
Hafiz Ng : Pakcik kata saya ini tipulah…betul tak!
Pakcik : Tidak tuan, pakcik sangat hairan bagaimana adanya air mani itu sedangkan ketika itu saya cuma masuk separuh saja dan belum lagi keluar air mani. Pelik sangat. (Hati saya ketika itu nak ketawa saja tapi terpaksa menahan kerana terpaksa meneruskan lakonannya sebagai ahli forencik)
Hafiz ng : Kenapa pakcik bodoh sangat….. Kalau nak masuk, masuklah sepenuhnya. Ini banyak ruginya.
Pakcik : Macammana pakcik nak masuk sepenuhnya sebab ada orang ketuk pintu bilik.
Rupa-rupanya……. pencegah maksiat datang. Tak dapat lepaskan diri.
Cerita ini cukup melucukan dan ini bukanlah rekaan saya semata-mata. Ini satu pengalaman.
“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Akhir sekali lelaki ini dibawa ke mahkamah Sivil dan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun.
Banyak pengajaran yang kita boleh dapat melalui kisah benar ini. Yang kita paling sedih sekali ialah seorang ayah yang beragama Islam sanggup buat begitu terhadap anak perempuannya sendiri.
Mengajar Mualaf.(Kisah Benar)
Pada suatu ketika dulu semasa saya sedang mengajar saudara muslim yang baru memeluk agama Islam di kelas Fardhu'ain maka timbullah satu pertanyaan saya kepada salah seorang pelajar yang agak tua sikit iaitu "Tuhan itu ada atau tidak ada?" Maka pelajar itu menjawab "Ada tapi sudah mati" Saya terkejut apabila ia kata begitu lalu saya tanya kepada beliau lagi "Kenapa kamu kata begitu?" Dia menjawab " Ada satu orang melayu ajar saya "Tuhan itu ada lawannya tiada". Saya pun tanya lagi...apa yang kamu faham tentang maksud itu? Dia menjawab "Tuhan itu mula-mula ada kemudian gaduh-gaduh lawan... mati jadi tiada." Pada ketika itu hati saya nak ketawa pun ada, nak marah pun ada...macam-macam sampai tak tahu nak cakap apa lagi. Itulah ceritanya yang cukup-cukup melucukan. Disini kita mendapat satu pengajaran iaitu kaedah mengajar kepada saudara baru tidak boleh disamakan dengan kaedah mengajar kepada anak-anak melayu kita kerana saudara kita ini ada yang "educated", ada yang tidak, ada yang tidak berapa faham dengan bahasa melayu dan sebagainya.
![]()

Pada suatu hari ketika saya sedang menunggu motosikal siap di baiki maka
saya ingin pergi shalat dulu kerana risau waktu shalat akan habis. Jadi, saya
pun jalan-jalan dan tanya orang-orang Islam dimana ada masjidnya. Akhirnya, saya dapat berjumpa dengan sebuah masjid dan terus masuk kedalam.Dengan tiba-tiba ada seorang pakcik menahan saya dan bertanya saya buat
apa kamu datang ke sini? Saya memberitahu kepada pakcik itu bahawa saya
ingin shalat. Pakcik itu terus mengatakan bahawa ini bukanlah tempat untuk
kamu sembahyang, kamu perlu pergi ke tokong cina. Saya pun memberitahu
beliau bahawa saya adalah beragama Islam. Pakcik ini kurang yakin dengan
saya dan menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadat dan menunjukkan
kad pengenalan terlebih dulu. Saya terus memberitahunya “Tolong jangan
halang saya menunaikan shalat nanti waktu shalat habis, pakcik tanggung
saya punya dosa”. Pakcik itu sambung lagi pertanyaan iaitu “sekarang kamu
nak sembahyang apa dan berapa rekaatnya”. Aduhai pakcik ini menyusahkan
saya. Kena pula “interview” dulu seolah-olah saya sedang memohon pekerjaan. Saya pun berkata “Tolonglah pakcik, saya tidak ada masa panjang untuk menjawab soalan pakcik itu dimana saya benar-benar kesuntukan masa”. Pakcik itu tanya lagi
“kamu tahu cara mengambil air sembahyang ke?”. Pening-pening kepala saya. Tanpa
menjawab pertanyaan itu, saya terus masuk saja ke masjid itu dan mengambil air
sembahyang. Pakcik itu mengikut saya pulak dan melihat bagaimana saya
mengambil air sembahyang. Jadi, sembahyang saya itu tidak khusyuk langsung
kerana asyik diperhatikan oleh pakcik itu. Setelah selesainya sembahyang maka saya
terus meninggalkan masjid itu walaupun pakcik itu dan kawan-kawannya
memperhatikan saya.
Satu lagi perkara yang saya tidak dapat lupa ialah semasa saya masuk ke masjid itu,
saya memberi salam kepada orang-orang di masjid itu tapi tiada seorang pun mahu
menjawab salamnya. Sungguh kecewa hati saya. Apa salahnya , kalau kita hanya
menjawab “Waalaikum” saja. Itu pun sudah mencukupi. Kan Nabi S.A.W. pernah
bersabda "Jika non muslim memberikan salam kepada kita maka kita hanya perlu
menjawab Waalaikum sahaja.
Saya tidak mahu salah pakcik itu kerana mungkin pakcik itu ingat Islam itu terletak
pada songkoknya atau baju melayunya. Nasib mualaf cina ini.
![]()

Sekolah Agama maka barisan(saf) saya ada lima orang di mana saya orang yang ketiga dari sebelah kanan. Jadi, ustaz itu mulalah takbir diikuti oleh
saya dan rakan2nya. Semasa shalat, tiba-tiba ada seekor tikus lalu di depan
Tok Imam(Ustaz) itu maka salah seorang rakan terus bercakap “Eh…adatikus lalu depan ustaz” dan disambung oleh seorang rakan lagi yaitu “Eh….shalat tak boleh cakap”. Selepas daripada itu, seorang rakan lain menambahkan “ Ehhh…kamu pun cakap juga” . Akhirnya saya pula
menambahkan “Wai, kamu semua kena shalat semula” maka ditambah
seorang lagi “ Termasuk kamu jugak “. Aduhai….pada akhir kisah ini,semuanya dimarah oleh Ustaz. Kesimpulannya bahawa ketika kita sedang
menunaikan shalat maka perbuatan bercakap itu akan membatalkan shalat
kita melainkan dalam keadaan darurat atau tidak sengaja seperti orang
yang kuat “melatah”.


Pada suatu ketika, datanglah seorang perempuan bertudung sederhana labuh
kepada saya yang dibawa oleh kawan-kawannya. Mengikut cerita kawan bahawa
perempuan ini telah suka kepada agama Kristian dan tangannya ada tattoo salib.
Maka berlakulah dialog diantara saya dengan perempuan berkenaan. Hafiz Ng : Kenapa saudari begitu mudah boleh keluar dari Agama Islam padahal
saya terpaksa menempuh berbagai-bagai kesusahan barulah boleh memeluk Agama
Islam. Saudari tidak merasa itu satu kerugian besar ke ? Kalau Islam itu tidak baik,
kenapa banyak orang mahu masuk Islam contohnya seperti saya.
Perempuan : Encik ini cina masuk Islam ke?
Hafiz Ng : Ya
Perempuan : Kalau macam itu, saya nak tanya encik 3 soalan. Kalau encik bolehjawab dan saya rasa puas hati, maka saya akan ikut semula Agama Islam.
Hafiz Ng : Apa dia ?
Perempuan : Encik tidak nampak Tuhan Allah, kenapa encik percaya adanya Allah?
Hafiz Ng : Saudari tidak nampak angin, kenapa saudari percaya adanya angin? (Perempuan itu diam sekejap dan menyambungkan pertanyaan lagi)Perempuan : Boleh encik beritahu kepada saya, apa Tuhan sedang buat sekarang?
Hafiz Ng : Boleh, Tuhan sekarang sedang buat saudari menyoalkan saya. (Perempuan itu diam sekejap lagi dan menyoalkan soalan yang terakhir).Perempuan : Tuhan Allah ada dimana sekarang, saya nak jumpaNYa.
Hafiz Ng : Tuhan Allah ada di atas Arasy. Kalau nak jumpaNya mesti ada syarat(macam kita jumpa dengan rajanya pun ada syarat) yaitu mesti beragama Islam
dan mati dulu dalam keadaan Islam.
(Kali ini perempuan itu diam lebih lamanya dan menyoalkan lagi).
Perempuan : Tuhan Allah itu tidak adil. Kenapa Dia jadikan hidup saya ini susah dan orang lain pula hidup senang.
Hafiz Ng : Saudari ada 10 ekor ayam dan saudari hanya makan seekor dulu. Jadi,
kenapa saudari tidak makan semua sekali dalam waktu yang sama ? Itu yang di
katakan saudari juga tidak adil.
Perempuan : Oh tidak, itu ayam semua kepunyaan saya maka saya boleh buat
apa saja terhadap ayam saya samada nak makan ini dulu ke atau itu dulu ke, ituterpulang kepada saya.
Hafiz Ng : Ya benar, apa yang dikatakan oleh saudari itu tetapi perlu diingatkan
bahawa manusia adalah kepunyaan Tuhan Allah, maka apa Tuhan nak buat dengan manusia itu, Tuhan punya pasallah. Jadi, janganlah kita katakan Dia tidak adil
sedangkan diri kita pun tak dapat lakulan keadilan…….Saudari kena berhenti
menyoalkan saya kerana permintaan dari saudari pada mulanya hanya 3 soalan
sahaja tapi ini sudah terlebih. Kita kena pegang kepada perjanjian. Cukup sampai
sini dulu dan saudari balik dan fikirkan apa yang saya cakap ini benar atau tidak?
(Setelah berlalunya 2 minggu maka datanglah kawan2 perempuan itu memberitahu
kepada saya bahawa perempuan itu telah kembali kepada Agama Islam dan sedang
belajar Agama Islam di sebuah pusat pengajian Islam. Syukur, Alhamdulillah.) Jadi,
banyak pengajaran dalam kisah ini yang boleh dikongsikan bersama terutamanya
jawapan yang dijawab oleh kita amat memerlukan logika akal fikiran. Last Updated on Thursday, 29 April 2010 13:43
Kehidupan






































